Cara Menyemak Daftar Pemilih Pilihanraya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Pilihanraya Umum (PRU) dan Pilihanraya Kecil (PRK)

Bagi warganegara yang telah mencapai umur 21 tahun, pendaftaran pemilih bagi Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihanraya Kecil (PRK) sudah boleh dibuat. Pendaftaran sebagai pemilih adalah penting kerana ianya adalah salah satu tanggungjawab kita sebagai pengundi untuk memilih pemimpin dalam menerajui tampuk kepimpinan Negara. Semua individu warganegara Malaysia yang sah hendaklah menjalankan peranan masing-masing untuk memilih pemimpin yang mereka percayai. Semakan daftar pemilih atau pengundi akan dilaksanakan setiap tahun seperti yang termaktub dalam undang-undang Negara.

Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menyemak nama daftar pemilih (Pengundi) iaitu sama ada secara atas talian mahupun secara Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Bagi individu yang telah membuat pendaftaran, semakan boleh dibuat berdasarkan kaedah berikut:

Semakan Nama Daftar Pemilih Secara Atas Talian (Individu)

  • Sila layari sistem aplikasi Semakan Daftar Pemilih melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui pautan berikut:

Sila klik: Sistem Aplikasi Semakan Daftar Pemilih SPR Individu

Semakan Nama Daftar Pemilih Atas Talian (Isi Rumah)

  • Sila layari pautan berikut untuk menyemak lebih dari seorang pemilih yang disahkan secara serentak:

Sila klik: Sistem Aplikasi Semakan Daftar Pemilih SPR Isi Rumah

Semakan Nama Daftar Pemilih Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

  • Semakan boleh dibuat berdasarkan format berikut:

Taip: SPR <jarak> SEMAK<jarak>No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888

Untuk Maklumat lebih lanjut dan sebarang pertanyaan berkenaan dengan Semakan Daftar Pemilih, sila hubungi talian berikut 03-8892 7000.

Maklumat Cara Pendaftaran sebagai Pemilih (Pengundi)

  • Syarat kelayakan umum menjadi pemilih adalah berumur 21 tahun, warganegara Malaysia yang sah, dan bermastautin di kawasan pilihanraya.
  • Pendaftaran bagi layak hendaklah dibuat di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri, Pejabat-pejabat POS, atau melalui unit-unit bergerak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
  • Sebarang maklumat lanjut sila layari portal rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) melalui pautan berikut: Portal Rasmi SPRM

Semoga maklumat yang disampaikan melalui halaman ini berkenaan dengan Cara Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya memberi manfaat yang berguna kepada seluruh rakyat Malaysia.

About the Author: infoumum

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *