Cara Pendaftaran bagi Simpanan Shariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada Simpanan Konvensional

Apakah Simpanan Shariah? Simpanan Shariah adalah salah satu pilihan alternatif khususnya kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang ingin bertukar kepada simpanan yang diuruskan dan dilabur berdasarkan Prinsip Syariah daripada Simpanan Konvensional. Simpanan berlandaskan Prinsip Syariah ini terbuka tanpa mengira bangsa, agama dan kewarganegaraan. Simpanan Shariah berkuatkuasa bulan Januari tahun 2017 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM100 bilion bersamaan dengan 15 peratus dari jumlah keseluruhan jumlah asset pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu sebanyak RM681.71 bilion setakat 30 Mac 2016. Walau bagaimanapun, pendaftaran khususnya bagi Simpanan Shariah ini telah mulai dibuka pada 8 Ogos 2016.

Ciri-Ciri Utama yang ada pada Produk Simpanan Shariah

  • Semua ahli layak untuk mendaftar dibawah Simpanan Shariah tidak kira bangsa, agama, atau status kewarganegaraan.
  • Ianya diuruskan dan dilabur berdasarkan Akad Wakalah.
  • Diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS)
  • Kadar dividen adalah berlandaskan kepada prestasi pelaburan yang diuruskan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
  • Ahli yang bertukar kepada Simpanan Shariah tidak boleh membatalkan pendaftarannya selepas tarikh kuat kuasa.

Cara Pendaftaran Simpanan Shariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada Simpanan Konvensional

  • Pencarum boleh mengubah simpanan daripada Simpanan Konvensional lepada Simpanan Shariah bermula 8 Ogos 2016 di Pejabat-pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
  • Permohonan pendaftaran Simpanan Shariah hendaklah dikemukakan sebelum 23 Disember 2016 bagi kelayakan Simpanan Shariah tahun 2017. Walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada kuota peruntukan sebanyak RM100 bilion sahaja.
  • Simpanan Shariah tidak menjamin sebarang dividen seperti Simpanan Konvensional kerana ianya dikira berdasarkan prestasi pelaburan.

Cara Mendaftar Simpanan Shariah

  • Pencarum sendiri hendaklah hadir ke kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan membawa bersama dokumen pengenalan diri iaitu Kad Pengenalan (MyKad) atau Passport (bukan warganegara Malaysia) untuk tujuan pengesahan identiti bermula 8 Ogos 2016.
  • Dokumen pengenalan diri hendaklah diserahkan di kaunter berkenaan dan menurunkan cap ibu jari pada Akad Simpanan Shariah yang telah dicetak oleh pihak KWSP.
  • Notis dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) sebagai pengesahan tarikh kuat kuasa akan diterima oleh pemohon tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh kuat kuasa Simpanan Shariah tersebut.
  • Untuk keterangan lanjut sila klik pautan berikut berkenaan dengan Simpanan Shariah:

Sila Klik: Maklumat Lanjut Simpanan Shariah (KWSP)

Sila Klik:  Soalan Lazim dan Jawapan Simpanan Shariah (KWSP)

Semoga maklumat yang disampaikan melalui halaman ini berkenaan dengan Cara Pendaftaran bagi Simpanan Shariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada Simpanan Konvensional memberi manfaat yang berguna kepada seluruh rakyat Malaysia.

About the Author: infoumum

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *