Cara Rawat Demam Selesema Tanpa Makan Ubat

Terdapat banyak kaedah dan alternatif yang boleh digunakan untuk mengubati dan memulihkan demam selesema dan badan panas selain memakan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital. Tanda-tanda awal atau symptom demam selesema boleh dikenalpasti seperti hidung berair, hidung tersumbat, kerap bersin, dan sakit tekak. Oleh hal yang demikian, pada kali ini pihak Infoumum ingin mengongsikan beberapa jenis makanan yang boleh memulihkan demam selesema dengan mudah.

Jenis Makanan Yang Mampu Merawat Demam Selesema

HALIA/LIMAU

  • Halia boleh membantu menghilangkan rasa sejuk dalam badan semasa seseorang mengalami demam. Cara pemakanannya adalah mencampurkan halia dan air limau kedalam segelas air panas dan minum sekurang-kurangnya dua kali sehari.

IKAN

  • Ikan kaya dengan sumber Protein. Antara ikan yang boleh dimakan sewaktu demam adalah seperti ikan tuna, ikan salmon, dan ikan kembung. Ikan-ikan ini juga kaya dengan Omega-3 Asid Lemak yang sangat membantu mengurangkan keradangan di dalam badan. Keradangan kronik dalam badan mendedahkan tubuh kita dijangkiti selesema dengan mudah.

SAYURAN HIJAU

  • Sayuran hijau mempunyai kandungan Nutrien yang sangat tinggi dan ianya terbukti sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Oleh itu, semasa mengalami demam selesema makanlah lebih banyak sumber sayuran hijau.

BAWANG PUTIH

  • Bawang putih berfungsi sebagai antibiotik semulajadi untuk tubuh badan manusia. Ia membantu melawan jangkitan penyakit di dalam tubuh. Bawang puith juga mengandungi antivirus dan menghasilkan antioksidan kepada badan sekiranya dimakan mentah.

KUNYIT

  • Kunyit boleh membantu merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit ditambahkan ke dalam makanan atau susu panas dan diminum semasa mengalami demam selesema.

MADU

  • Madu boleh melawan jangkitan bakteria dan boleh menyembuhkan sakit tekak semasa demam selesema.

AIR BERAS

  • Air beras mampu menghilangkan selesema dengan cara mengambil air didihan beras dan ketika masih suam.

Kesemua jenis makanan semualajdi di atas adalah cara yang boleh diamalkan ketika mengalami demam selesema. Walau bagaimanapun, sekiranya demam selesema berlarutan sila dapatkan rawatan di hospital atau klinik yang berhampiran.

 

 

 

About the Author: infoumum

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *