Etika Pemakaian Terkini Pelajar Pra-Universiti atau Tingkatan 6

Mulai tahun 2015, pelajar Pra-Universiti atau Tingkatan Enam telah dibenarkan oleh pihak kerajaan untuk memakai pakaian kasual atau pakaian tradisional semasa sesi persekolahan. Hal ini dilaksanakan bagi menjenamakan semula pengajian Tingkatan Enam dan sebagai kod pakaian baharu pada musim persekolahan akan datang.

Menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Ke-203, Etika Pemakaian Murid Tingkatan Enam yang baharu telah diluluskan pada 21 November 2014. Ianya diselaraskan dengan etika pemakaian di Kolej Matrikulasi dan Pusat Asasi Sains. Oleh itu, pelajar hendaklah mematuhi peraturan etika pemakaian baharu yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.

Etika Pemakaian Baharu Pelajar Tingkatan Enam Terkini

Etika Pemakaian Pelajar Lelaki

  • Pelajar lelaki dibenarkan memakai baju kemeja yang berwarna cerah atau bercorak belang atau berpetak sahaja. Corak bunga dan rekaan lain tidak dibenarkan.
  • Seluar yang dipakai hendaklah mempunyai kepanjangan melebihi buku lali serta tidak ketat.
  • Seluar pendek dan seluar jeans tidak dibenarkan sama sekali.
  • Panjang tali pinggang yang dihadkan hanya 5 sentimeter sahaja. Lebih panjang daripada itu adalah dilarang.
  • Pakaian yang diperbuat daripada bahan denim tidak dibenarkan untuk dipakai ke sekolah.
  • Pemakaian kasut dan stoking adalah wajib.
  • Dilarang memakai selipar, sandal atau terompah.
  • Pelajar hendaklah memakai seluar panjang atau trek dan kemeja-T lengan panjang atau pendek semasa aktiviti luar.

Etika Pemakaian Pelajar Wanita

  • Pelajar wanita hendaklah memakai baju kurung atau pakaian tradisional.
  • Dibenarkan memakai seluar panjang, gaun labuh, skirt melebihi paras lutut, dan blouse berlengan.
  • Pakaian ketat tidak dibenarkan.
  • Selipar atau sandal tidak dibenarkan. Hanya kasut yang menutupi kaki sahaja dibenarkan.
  • Pelajar hendaklah memakai seluar panjang atau trek dan kemeja-T lengan panjang atau pendek semasa aktiviti luar.

Pelajar lelaki dan wanita yang akan melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan Enam hendaklah mengikuti semua etika pemakaian yang telah ditetapkan oleh kementerian.

Semoga maklumat berkaitan etika pemakaian baharu Tingkatan Enam ini memberi maklumat yang berguna kepada semua terutama sekali pelajar yang akan belajar dalam Tingkatan Enam.

About the Author: infoumum

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *