Bayaran Keseluruhan Lesen Memandu Terkini bagi Tahun 2017 Khas Untuk Kereta dan Motosikal

Harga bayaran keseluruhan yang dipaparkan dalam jadual dibawah adalah khas bagi Lesen Memandu Kereta dan Motosikal sahaja. Harga tersebut adalah berdasarkan kepada struktur kadar yuran pembelajaran dan latihan pemanduan di Institut Memandu dan telah merangkumi Pembelajaran dan Latihan. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menetapkan suatu peraturan di mana individu yang ingin memohon lesen memandu perlu menduduki satu ujian undang-undang. Undang-undang ini mula berkuatkuasa pada tahun 2015. Justeru, pemohon lesen memandu sama ada motosikal atau kereta perlu menduduki satu ujian undang-undang sahaja.

Kategori Lesen dan Anggaran Kadar Bayaran Yuran Kereta dan Motosikal

Kategori Lesen Memandu Kelas Anggaran Kadar Harga
Lesen Motosikal Tidak Melebihi 250 cc

Lesen Motosikal Melebihi 500 cc

Lesen Kereta Transmisi Manual

Lesen Kereta Transmisi Automatik

B2

B

D

DA

RM 350 hingga RM 600

RM 900 hingga RM 1,200

RM 1,150 hingga RM 1,400

RM 1,250 hingga RM 1,600

Info Lesen Memandu
  • Harga yang dipaparkan adalah kadar bayaran keseluruhan yuran.
  • Harga maksimum adalah tidak melebihi RM 600 bagi Lesen Memandu Motosikal Kelas B2, RM 1200 bagi Lesen Memandu Motosikal Kelas B, RM1400 bagi Lesen Memandu Kereta Kelas D dan RM1600 bagi Lesen Memandu Kereta Kelas DA.
  • Institut-institut Memandu di Malaysia kebanyakannya menerima bayaran sama ada kaedah ansuran atau bayaran penuh.
  • Masa dan tarikh latihan dan pembelajaran adalah bergantung sepenuhnya kepada pemohon lesen. Maksudnya, pemohon lesen sendiri yang mengatur masa bila hendak mengambil latihan dan pembelajaran.
  • Biasanya, harga yang dikenakan juga dipengaruhi oleh kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh sesebuah Institut Memandu.
Program MyLesen Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Program MyLesen oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah terbukti sangat membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki lesen memandu. Program MyLesen ini hanya memberi bantuan kepada pemohon Lesen Memandu Motosikal Kelas B2 tidak melebihi 250 cc. Oleh itu, individu yang masih belum memperolehi lesen motosikal B2 hendaklah memanfaatkan peluang yang tersedia ini.

Semoga maklumat yang dipaparkan dalam halaman ini memberi panduan sedikit sebanyak kepada individu yang memerlukan maklumat berkenaan dengan Lesen Memandu khasnya motosikal dan kereta.