Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Pekerja Sektor Swasta bagi Tahun 2018

Jadual tarikh pembayaran gaji pekerja Sektor Swasta bagi Tahun 2018 ini adalah berdasarkan kepada tarikh umum pembayaran gaji pekerja yang diuruskan oleh majikan masing-masing. Jadual ini diharapkan akan menjadi semakan penting khususnya kepada golongan pekerja swasta sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan. Walau bagaimanapun, tarikh pembayaran gaji pekerja swasta mungkin berbeza di antara satu dengan yang lain kerana majikan mungkin akan membayar gaji pekerja pada tarikh yang berbeza. Oleh itu, tarikh yang disertakan ini hanyalah rujukan dan bukan tarikh tetap pembayaran gaji kerana tarikh sebenar pembayaran gaji bergantung kepada majikan masing-masing.

Lazimnya, tarikh pembayaran gaji pekerja sektor swasta dibayar pada hujung bulan dan sebulan sekali. Dalam masa yang sama, tarikh pembayaran adalah tertakluk kepada pengurusan majikan masing-masing. Oleh hal yang demikian, jadual tarikh pembayaran gaji yang disertakan ini adalah tarikh umum pembayaran gaji kepada kebanyakan pekerja sektor swasta. Ianya sebagai panduan kepada pekerja.

Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Pekerja Sektor Swasta 2018

Bulan Tarikh Gaji
Januari 31.01.2018
Februari 28.02.2018
Mac 31.03.2018
April 28.04.2018
Mei 31.05.2018
Jun 30.06.2018
Julai 28.07.2018
Ogos 30.08.2018
September 29.09.2018
Oktober 31.10.2018
November 30.11.2018
Disember 29.12.2018
  • Tarikh-tarikh Perayaan Penting
  • Tahun Baru Cina 16 dan 17 Februari 2018.
  • Hari Raya Puasa (Aidilfitri) 15 dan 16 Jun 2018.
  • Hari Deepavali 6 November 2018.
  • Hari Krismas 25 Disember 2018.

Majikan yang prihatin akan membayar gaji pekerjanya dengan lebih awal sekiranya pada bulan tersebut terdapat perayaan penting. Manakala, pada setiap hujung tahun pekerja akan dibayar gaji berserta bonus tahunan. Bonus tahunan merupakan salah satu bentuk penghargaan majikan kepada pekerjanya.

Kadar Gaji Minimum Pekerja Sektor Swasta

  • Kadar gaji minimum pekerja sektor swasta telah ditetapkan sebanyak RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia, dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Labuan berdasarkan kepada ketetapan Perintah Gaji Minimum mengikut wilayah. Walau bagaimanapun, kadar ini dikecualikan bagi pekerja domestik seperti pembantu rumah.
  • Kadar gaji minimum ini bersamaan dengan RM4.81 sejam bagi Semenanjung Malaysia, dan RM4.42 sejam bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.
  • Kadar gaji minimum harian bagi Semenanjung Malaysia ialah untuk enam hari bekerja dalam seminggu gaji yang dikenakan sebanyak RM38.46, lima hari bekerja dalam seminggu sebanyak RM46.15 dan empat hari bekerja dalam seminggu adalah sebanyak RM57.69.
  • Kadar gaji minimum harian bagi Sabah, Sarawak, dan Labuan pula ialah untuk enam hari bekerja seminggu, gaji harian minimum adalah sebanyak RM35.38, untuk lima hari bekerja dalam seminggu sebanyak RM42.46 dan untuk empat hari bekerja dalam seminggu adalah sebanyak RM53.08.
  • Upah atau gaji bagi pekerja yang dibayar berdasarkan komisen kadar gaju bulanan hendaklah tidak kurang daripada RM1,000 bagi Semenanjung Malaysia, dan tidak kurang daripada RM920 bagi Sabah, Sarawak, dan Labuan.
  • Penguatkuasaan Perintah Gaji Minimum (PGM) kepada pekerja sektor swasta oleh kerjaan ini adalah bermula pada 1 Julai 2016.

Semoga maklumat yang dipaparkan dalam halaman ini berkenaan dengan Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Pekerja Sektor Swasta 2018 memberi maklumat yang berguna kepada semua.

About the Author: infoumum

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *