Kadar Bayaran Zakat Fitrah bagi Seluruh Negeri di Malaysia tahun 2018

Senarai berikut merupakan kadar bayaran zakat fitrah bagi seluruh Malaysia tahun 2018 bagi setiap individu yang bersamaan dengan 1439 Hijrah berdasarkan kepada ketetapan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Setiap umat Islam diwajibkan untuk membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kas kuasa dan resit bayaran seperti mana yang dikeleluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Dalam pada itu, umat Islam diseru untuk membayar zakat fitrah pada awal bermulanya bulan Ramadhan untuk memastikan agihan dan sumbangan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum tiba Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Senarai Kadar Bayaran Zakat Fitrah Seluruh Negeri tahun 2018

Negeri Tahun 2017 (RM) Tahun 2018 (RM)
Perlis 7.00 7.00
Kedah 7.00 7.00
Pulau Pinang 7.00 7.00
Perak 7.00 7.00
Selangor 7.00 7.00
Negeri Sembilan 6.50 6.50
Melaka 6.70 6.70
Johor 7.00 7.00
Pahang 7.00 7.00
Terengganu 7.00 7.00
Kelantan 7.00 7.00
Sarawak 7.00 7.00
Sabah 7.00 7.00
Kuala Lumpur 7.00 7.00
Putrajaya 7.00 7.00
Labuan 7.00 7.00

Sumber: Majlis Agama Islam setiap Negeri

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

About the Author: infoumum

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *