Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 6 (Pra-Universiti) Sesi 2018/2019

Tawaran bagi kemasukan ke Tingkatan 6 atau Pra-Universiti kini boleh disemak secara atas talian (Online). Semakan boleh dibuat menerusi sistem aplikasi semakan Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi keputusan tawaran di Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan. Semakan keputusan tawaran akan diketahui menerusi Portal Rasmi Pendidikan Malaysia (KPM) di ruangan pemberitahuan.

Pelajar boleh mengikuti ringkasan kemaskini berkaitan tarikh semakan dan cara semakan menerusi ruangan yang disediakan Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Laman web Portal KPM: www.moe.gov.my

Syarat dan Kelayakan Kemasukan Tingkatan 6 Sesi 2018
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Kepujian bagi subjek Bahasa Malaysia.
  • Untuk aliran Sains Sosial, jumlah mata unit bagi tiga subjek yang terbaik hendaklah tidak melebihi 12.
  • Untuk aliran Sains, jumlah mata unit hendaklah tidak melebihi 18 unit.
  • Untuk aliran Agama, jumlah unit hendaklah tidak melebihi 14 unit.
  • Pelajar lepasan SPM yang menepati syarat kelayakan tidak perlu membuat permohonan kerana akan ditawarkan secara automatik bagi kemasukan Tingkatan 6.
  • Semakan dan cetakan surat tawaran kemasukan boleh dibuat secara atas talian melalui Sistem Aplikasi Semakan Tawaran Kemasukan ke Tingkatan 6 yang akan dibuka bermula 16 April 2018.
Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2018

Tarikh Mula Semakan: 16 April 2018

Tarikh Akhir Semakan: 16 Mei 2018

Tarikh mula dan akhir semakan adalah muktamad. Pelajar diwajibkan untuk membuat semakan mengikut tarikh yang telah diumumkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Sistem Aplikasi Semakan Secara Atas Talian (Online)
Sistem Aplikasi Semakan Secara Atas Talian akan diaktifkan bermula tarikh rasmi pengumuman keputusan tawaran.
Semakan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
  • Taip : MOE<jarak>T6<jarak>(Nombor Kad Pengenalan) dan hantar ke 15888
  • Taip: MOE<jarak>T6<jarak>(Angka Giliran) dan hantar ke 15888
Permohonan Rayuan Kemasukan ke Tingkatan 6
Pelajar yang tidak berjaya ditawarkan ke Tingkatan 6 Sesi 2018, permohonan rayuan boleh dikemukakan bermula 16 April 2018 sehingga 24 Mei 2018. Semakan Keputusan Rayuan pula boleh disemak pada 11 Jun 2018.

Semoga setiap maklumat yang disampaikan memberi manfaat kepada pelajar yang berminat meneruskan pengajian ke Tingkatan 6.

 

About the Author: infoumum

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *