Kerja Kursus Sejarah PT3 tahun 2018 ‘Kajian Masyarakat’

Apakah tajuk Kerja Kursus PT3 bagi tahun 2018? Pertanyaan berkenaan dengan tajuk Kerja Kursus PT3 telah dijawab apabila tajuk diumumkan. Untuk tahun 2018, calon-calon PT3 akan membuat Kerja Kursus yang berkisar tentang ‘Masyarakat di Kawasan Tempat Tinggal Calon’. Tahun lalu, calon-calon PT3 dikehendaki menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan Peristiwa Bersejarah.  Walau bagaimanapun, tahun ini calon harus menyingkap sendiri berkenaan dengan masyarakar di kawasan kediaman mereka. Dalam artikel ini, beberapa maklumat berkaitan dengan tugasan pelajar turut disertakan.

Kerja Kursus PT3 2018 Kajian Masyarakat

Sesuatu kerja kursus yang mempunyai kualiti yang tinggi dan baik seharusnya menghuraikan aspek-aspek penting. Antara aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh calon PT3 adalah seperti berikut:-

Tugasan

  • Tajuk Kajian
  • Nama Penulis
  • Isi Kandungan (merangkumi subtopik/aspek kecil)
  1. Latar belakang tempat kajian
  2. Pembentukan dan perkembangan masyarakat setempat
  3. Kegiatan sosioekonomi masyarakat setempatMenilai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat
  4. Dengan merujuk kepada tempat tinggal anda, ulaskan pernyataan berikut;-

   “…tinggallah dengan baik antara satu dengan lain kerana negeri ini adalah berlainan      dengan mana-mana negeri yang ada di dunia ini.”

Petikan ucapan Tunku Abdul Rahman pada 3 Jun 1957, di Lapangan Terbang Sungai                      Besi, Kuala Lumpur.

Sumber:https://mobile.twitter.com

  • Rumusan
  • Lampiran Berkaitan
  • Sumber Rujukan
  • Penghargaan

CONTOH PETIKAN SOALAN KERJA KURSUS PT3 2018

Petikan Tugasan:-

‘Anda dikehendaki membuat kajian tentang masyarakat di kawasan tempat tinggal anda.

Hasilkan satu laporan tentang masyarakat setempat yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan.’

Peringatan penting kepada calon PT3 2018

  • Hendaklah menyiapkan laporan yang asli dan tidak mengambil jawapan laporan daripada mana-mana pihak atau plagiat.
  • Sumber rujukan daripada petikan dan gambar haruslah dijelaskan dalam laporan kajian calon.
  • Tindakan akan diambil kepada calon yang melakukan kesalahan diatas iaitu plagiarism sama ada diberikan gred yang rendah ataupun digagalkan.

PANDUAN MENYIAPKAN TUGASAN KERJA KURSUS PT3 2018

  • Sebelum menulis dan memulakan laporan, calon hendaklah memahami sepenuhnya kehendak tugasan yang diberi. Calon seharusnya mendapat penerangan terperinci daripada guru masing-masing. Hal ini adalah untuk memastikan agar jawapan yang diberikan menepati kehendak tugasan dan tidak tersasar daripada kehendak tugasan tersebut.

Semoga bermanfaat kepada calon PT3 2018.

 

 

 

About the Author: infoumum

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *