Pendaftaran Malaysia University English Test (MUET) Sesi Julai dan September Secara Atas Talian bagi Tahun 2018

Pendaftaran Malaysia University English Test (MUET) bagi Sesi Julai 2018 dibuka bermula bulan Mac 2018. Pemohonan pendaftaran akan dibuka sehingga bulan Mei 2018 sahaja. Oleh hal yang demikian, pelajar yang akan mengambil Malaysia University English Test (MUET) dinasihatkan untuk membuat pendaftaran lebih awal dan sentiasa peka dengan tarikh-tarikh penting yang disenaraikan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Peperiksaan MUET adalah sangat penting kerana ianya adalah salah satu syarat untuk memasuki Universiti Awam dan salah satu syarat bergraduasi.

Tarikh Penting Pendaftaran Malaysia University English Test (MUET) tahun 2018 Sesi Julai

Bulan Tarikh Penting Aktiviti Penting
Mac 01 Mac 2018 Tarikh Pendaftaran Malaysia University English Test (MUET) Dibuka.
Mei 09 Mei 2018 Tarikh Pendaftaran Malaysia University English Test (MUET) Ditutup.
Julai 09, 10, 11, 12, 16 dan 17 Julai 2018 Tarikh bagi Ujian Speaking.
Julai 21 Julai 2018 Tarikh bagi Ujian Bertulis.

Tarikh Penting Pendaftaran Malaysia University English Test (MUET) tahun 2018 Sesi September

Bulan Tarikh Penting Aktiviti Penting
Jun 1 Jun 2018 Tarikh Pendaftaran Malaysia University English Test (MUET) Dibuka.
Ogos 1 Ogos 2018 Tarikh Pendaftaran Malaysia University English Test (MUET) Ditutup.
September 24,25,26,27 September dan 1,2 Oktober 2018 Tarikh bagi Ujian Speaking.
September 29 September 2018 Tarikh bagi Ujian Bertulis.

Tarikh-tarikh penting ini dirujuk berdasarkan hebahan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Cara Pendaftaran Malaysia University English Test (MUET) Sesi Julai 2018 Secara Atas Talian

  • Yuran pendaftaran bagi Ujian Malaysia University English Test (MUET) adalah sebanyak RM100.00 dengan cara pembelian PIN MEC di Bank Simpanan Nasional (BSN). Oleh itu, calon yang akan menduduki ujian ini hendaklah membeli PIN MEC terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan.

Semoga maklumat yang disampaikan melalui halaman ini berkaitan dengan Pendaftaran Malaysia University English Test (MUET) Sesi Julai Secara Atas Talian bagi Tahun 2018 memberi manfaat kepada semua terutamanya calon peperiksaan. Semoga Berjaya kami ucapkan.

About the Author: infoumum

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *