Permohonan Pengeluaran Duit di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Lebih Awal

Permohonan pengeluaran wang simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dibuat oleh pencarum berdasarkan kepada had minimum pengeluaran tertentu berdasarkan kepada kelayakan walaupun masih belum mencapai tingkat umur persaraan. Permohonan pengeluaran sebelum mencapai usia persaraan ini hendaklah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh KWSP. Terdapat beberapa jenis pengeluaran yang boleh dibuat oleh pencarum dan bukannya pengeluaran setelah mencapai umur persaraan sahaja.

Permohonan Pengeluaran Awal Wang oleh Pencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Senarai pengeluaran awal yang boleh dipohon oleh pencarum adalah seperti berikut:

  • Pengeluaran Umur 50 Tahun
  • Pengeluaran Umur 55 Tahun
  • Pengeluaran Umur 60 Tahun
  • Pengeluaran Mengurangkan/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
  • Pengeluaran Hilang Upaya
  • Pengeluaran Meninggalkan Negara
  • Pengeluaran Pendidikan
  • Pengeluaran Pekerja Berpencen dan Pengeluaran Pesara Pilihan
  • Skim Pelaburan Ahli
  • Pengeluaran Membina/Membeli Rumah
  • Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta
  • Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
  • Pengeluaran Kematian
  • Pengeluaran Kesihatan
  • Pengeluaran Haji
  • Pengeluaran Perumahan Fleksibel

Sekiranya pencarum berkeinginan mengeluarkan wang simpanan dalam KWSP dengan lebih awal dan mematuhi kriteria pengeluaran seperti yang tertera di atas, pencarum boleh membuat permohonan. Untuk maklumat lengkap berkenaan dengan prosedur dan kelayakan permohonan setiap jenis pengeluaran, sila rujuk judul pautan:

Sila Klik: Maklumat Rasmi Jenis Pengeluaran KWSP

Simpanan KWSP boleh dikeluarkan sebelum atau setelah mencapai tempoh persaraan. Setiap pencarum digalakkan untuk menggunakan simpanan KWSP dengan sebaik-baiknya untuk kegunaan selepas persaraan nanti.

Semoga maklumat yang disampaikan melalui halaman ini memberi manfaat yang berguna kepada semua.

About the Author: infoumum

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *