Semakan Keputusan Secara Atas Talian Dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) Malaysian University English Test (MUET) Sesi Julai 2018

Keputusan Malaysian University English Test (MUET) bagi Sesi Julai 2018 boleh disemak melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan secara atas talian. Keputusan akan diperolehi pada bulan Oktober minggu pertama. Tarikh rasmi keputusan MUET Sesi Julai 2018 akan diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menerusi laman portal MPM.

Tarikh Rasmi Semakan Keputusan Dibuka: Oktober 2018 (minggu pertama)

  • Tarikh rasmi akan dikemaskini.
  • Sistem semakan hanya akan aktif bermula tarikh dan masa hebahan keputusan rasmi.
  • Semakan yang dibuat semasa tarikh rasmi boleh dibuat selepas jam 10.00 pagi sama ada melalui SMS atau atas talian.
  • Sistem aplikasi semakan mungkin akan sukar untuk dicapai pada hari pertama semakan kerana pengguna yang lain turut menggunakan aplikasi yang sama pada masa yang sama.
  • Sila layari atau membuat semakan diluar waktu puncak bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Semakan Keputusan MUET menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Semakan boleh dibuat dengan menggunakan format seperti berikut:

Taip: MUET <jarak> RESULT <jarak> No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET Sesi Julai 2018

  • Rayuan semakan semula boleh dibuat oleh calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi. Setiap rayuan semakan permohonan akan dikenakan bayaran.
  • Rayuan semakan semula keputusan hendaklah dikemukakan menggunakan borang yang boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
  • Sebarang maklumat dan keterangan, sila layari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menerusi pautan berikut:

klik pautan: http://www.mpm.edu.my

Semoga maklumat di halaman ini bermanfaat dan semoga berjaya kepada semua calon MUET Sesi Julai 2018.

About the Author: infoumum

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *