Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan ke Kolej Matrikulasi sesi 2017/2018

Pelajar yang telah mengemukakan permohonan Kemasukan bagi Program Matrikulasi sesi 2017/2018 boleh membuat semakan melalui atas talian dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Cara Semakan Keputusan Tawaran adalah seperti berikut:

Semakan Atas Talian

  • Berdasarkan kepada analisis pengumuman keputusan tawaran tahun sebelumnya, umumnya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengeluarkan keputusan dan boleh disemak pada minggu kedua bulan April.
  • Tarikh untuk semakan secara rasmi akan dikemaskini kelak.
  • Oleh itu, sistem aplikasi Tawaran Kolej Matrikulasi akan diaktifkan pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.

Semakan  Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

  • Semakan keputusan melalui MySMS dijangka akan diaktifkan pada 14 April 2017 bermula jam 12.00 tengah hari sehingga 28 April 2017 jam 11.59 malam.
  • Cara membuat semakan melalui perkhidmatan MySMS adalah seperti berikut:
  1. Taipkan: MOE<jarak>MAT<jarak>(Nombor Kad Pengenalan)

Contohnya: MOE MAT 950708126547

  1. Hantarkan ke: 15888

Caj Perkhidmatan sebanyak 15sen akan dikenakan untuk setiap transaksi penghantaran dan sebanyak 20sen untuk transaksi penerimaan yang berjaya.

  • Bagi pelajar yang telah berjaya ditawarkan ke Program Martikulasi, dokumen-dokumen berikut hendaklah dicetak dan di bawa bersama semasa sesi pendaftaran:
  • Surat Tawaran
  • Panduan Pendaftaran Pelajar
  • Maklumat Peribdi Pelajar
  • Akuan Persetujuan Ibubapa/Penjaga dan Kesihatan Pelajar
  • Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah
  • Borang Perjanjian Pelajar (dua salinan)
  • Dokumen lain yang akan dimaklumkan selepas semakan dibuat

Pelajar dikehendaki untuk melayari laman sesawang Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan mengenai maklumat-maklumat penting seperti tarikh pendaftaran dan cara untuk mendaftar kelak.

 

Permohonan Rayuan kemasukan ke Matrikulasi sesi 2017/2018

Pelajar yang tidak berjaya ditawarkan Program Matrikulasi boleh membuat permohonan rayuan pada tarikh yang sama keputusan semakan permohonan dikeluarkan melalui pautan berikut:

http://www.moe.gov.my

  • Bagi calon yang membuat rayuan kemasukan ke Kolej Matrikulasi, semakan permohonan boleh dibuat pada minggu ketiga bulan Jun 2017.
  • Aplikasi semakan tawaran juga akan diaktifkan bermula pada tarikh rasmi keputusan rayuan diumumkan.
  • Aplikasi semakan tawaran untuk rayuan berdasarkan perkhidmatan MySMS juga adalah sama iaitu: MOE<jarak>MAT<jarak>(Nombor Kad Pengenalan)
  • Calon yang berjaya akan melalui proses pendaftaran yang sama bagi sesi ambilan yang pertama (bukan permohonan rayuan).

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila layari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui pautan berikut:

http://www.moe.gov.my

Atau hubungi Bahagian Perhubungan Matrikulasi ditalian:

03-8884 4083/4036/4040

Semoga setiap maklumat yang dimuatkan dihalaman ini berkaitan dengan Semakan Tawaran Kemasukan ke Matrikulasi bermanfaat kepada pelajar yang telah memohon program ini. Semoga Berjaya.