Senarai 21 Universiti Terbaik di Malaysia UA, IPTA, IPTS (Top Ranking) 2018

QS World University telah menerbitkan senarai kedudukan Universiti bagi negara-negara Asia. Terdapat 21 buah universiti daripada Malaysia tersenarai dalam senarai kedudukan 350 keatas dalam senarai kedudukan universiti Negara Asia seperti yang dinyatakan oleh QS World University. Penarafan universiti selain QS World University dibuat berdasarkan kriteria lain seperti peratusan hasil laporan daripada kajian tinjauan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.

Senarai Penerbitan Kedudukan Tahunan Universiti

  • SCIMAGO Institution Ranking
  • Time Higher Education (THE) World University Ranking
  • Academic Ranking of World Universities
  • CWTS Leiden Ranking
  • U-Multirank Ranking

Kriteria Asas Penilaian Kedudukan Universiti

  • Kedudukan terbaik dinilai berdasarkan sumbangan kertas projek (Kesan Citation), kecemerlangan akademik, reputasi graduan yang telah bekerja, fakulti dan kemudahan atau fasiliti pembelajaran.
  • Kesan citation adalah pengenalpastian melalui kekerapan kertas penyelidikan daripada universiti-universiti tertentu digunakan oleh ahli akademik lain sebagai rujukan.
  • Penilain juga dilakukan berdasarkan komitmen pelajaran, kesan penyelidikan, perdagangan antarabangsa, siswazah, dan Pendapatan Daripada Industri.
  • Pendapatan Daripada Industri adalah sejauhmana ahli akademik bekerjasama dengan syarikat bagi pengaplikasian hasil penyelidikan kepada dunia sebenar.

 

Senarai 21 Universiti Terbaik di Malaysia UA, IPTS (Top Ranking)

Nama Universiti (UA, IPTS) Malaysia Ranking Asia Ranking (QS) World Ranking
Universiti Malaya (UM) 1 24 114
Universiti Putra Malaysia (UPM) 2 36 229
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 3 43 230
Universiti Sains Malaysia (USM) 4 46 264
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 5 49 253
Universiti Teknologi Petronas (UTP 6 101
Universiti Utara Malaysia (UUM) 7 131 701-750
Taylor’s University 8 150
Universiti Teknologi MARA-(UiTM) 9 158
International Islamic University Malaysia (IIUM) 10 163 701-750
Multimedia University (MMU) 11 179
UCSI University 12 212
Management and Science University (MSU) 13 217
Limkokwing University of Creative Technology 14 219
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 15 221
Universiti Malaysia Sabah (UMS) 16 222
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) 17 243
UniversityMalaysia Sarawak (UNIMAS) 18 247
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) 19 251-260
Universiti Malaysia Sabah (UMS) 20 271-280
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 21 281-290

 

  • Kedudukan sesebuah universiti tidak seharusnya dilihat berdasarkan kepada satu-satu masa sahaja. Ianya seharusnya dilihat dalam suatu tempoh masa yang panjang untuk melihat prestasi sebenar sesebuah universiti.
  • Walau bagaimanapun, senarai kedudukan universiti adalah sentiasa berubah-ubah dan itu adalah perkara biasa berdasarkan penilaian pihak-pihak tertentu.

 

Semoga maklumat yang disampaikan melalui halaman ini berguna kepada semua.

About the Author: infoumum

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *