Tarikh Akhir Penghantaran Borang Cukai e-Filling Tahun 2018 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Berdasarkan kenyataan media oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) melalui e-Filling bagi Borang E, BE, B, BT, P, M, MT dan TF hendaklah dikemukakan oleh pembayar cukai bermula 1 Mac 2018. Pembayar cukai juga boleh mengemukakan borang BE melalui peranti mudah alih seperti telefon pintar atau tablet menerusi aplikasi m-Filling (Mobile Filling). LHDN telah memberi kemudahan aplikasi percuma kepada pembayar cukai bagi proses pembayaran cukai dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui e-Filling dan m-Filling.

Tarikh Akhir Penghantaran Borang Cukai e-Filling 2018 (BORANG E)

Pembayar cukai hendaklah membayar cukai dalam masa yang telah ditetapkan oleh LHDN bagi mengelakkan sebarang penalti dikenakan akibat kelewatan penghantaran. Berikut disertakan paparan tarikh akhir penghantaran Borang E, BE, B, BT, P, M, MT, dan TF secara Borang Kertas (manual):

Borang Penerangan Tarikh akhir Penghantaran Borang dan Pembayaran Cukai Pendapatan Tahun Tafsiran 2017
E Penyata oleh Majikan (Majikan Bukan Syarikat) 31 Mac 2018
BE Borang Nyata Individu (Pemastautin yang Tidak Menjalankan Perniagaan) 30 April 2018 hingga 15 Mei 2018 (Tambahan untuk e-Filling)
B Borang Nyata Individu (Pemastautin Menjalankan Perniagaan) 30 Jun 2018
P Borang Nyata Perkongsian 30 Jun 2018
BT Borang Nyata bagi Individu Pemastautin (Pekerja yang Berpengetahuan) 30 April 2018 (Tidak Jalankan Perniagaan)

30 Jun 2018 (Jalankan Perniagaan)

M Borang Nyata Individu Bukan Pemastautin SAMA
MT Borang Nyata Individu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan) SAMA
TF Borang Nyata Pertubuhan SAMA

 

  • Tarikh akhir penghantaran borang adalah tertakluk kepada perubahan yang dilakukan oleh LHDN.
  • BNCP boleh dikemukakan melalui beberapa saluran iaitu secara e-Filling, melalui Pos, atau melalui serahan tangan.
  • Untuk menggunakan aplikasi e-Filling, pembayar cukai hendaklah memohon nombor PIN e-Filling terlebih dahulu di kaunter khidmat pelanggan sebelum memuat turun aplikasi e-Filling.
  • Pembayar cukai boleh set semula Kata Laluan melalui menu Terlupa Kata Laluan menerusi exHASIL sekiranya terlupa kata laluan dan mempunyai email berdaftar dengan LHDN.
  • Bagi yang tidak mempunyai email berdaftar dengan LHDN, pembayar cukai hendaklah hadir di kaunter khidmat pelanggan LHDN untuk mendapatkan Kod Pengaktifan Sementara Kata Laluan e-Filling.
  • Kad pengenalan dan Passport hendaklah dibawa bersama untuk tujuan pengesahan dan rekod.

Jadual Tambahan Masa Penghantaran Borang BNCP

Borang Kaedah Penghantaran Tambahan Masa
e-BE, m-BE, e-B/BT, e-M/MT, e-P, dan e-TF Melalui e-Filling 15 hari
BE, B/BT, M/MT, P, TP, TJ dan TF Melalui POS 3 hari bekerja
Melalui Serahan Tangan Tiada

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas, sila layari portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui pautan berikut:

http://www.hasil.gov.my

Semoga setiap maklumat yang disampaikan melalui halaman ini memberi manfaat kepada semua.

About the Author: infoumum

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *