Tarikh-tarikh Penting bagi Kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi Sesi Akademik 2018/2019

Berikut disertakan jadual tarikh-tarikh penting bagi permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi akademik 2018 dan 2019 khasnya kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Tarikh-tarikh penting ini disenaraikan sendiri oleh pihak Jabatan Pendidikan Tinggi bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar bagi membantu pelajar mengetahui waktu mengemukakan permohonan, membuat semakan dan tarikah keputusan tawaran.

Tarikh-tarikh Penting/Kalendar Penting UPU 2018/2019

Bulan Tarikh Aktivit Penting
Februari 05 Februari ·         Permohonan UPU secara atas talian.

·         Jualan unik Kata Laluan di Bank Simpanan Nasional DIBUKA.

Mac 08 Mac ·         Pilihan Pengajian UPU secara atas talian oleh calon STPM/Matrikulasi/Asasi dan STAM dibuka.
April 09 April

 

10 April

23 April

23-29 April

·         Jualan unik Kata Laluan di Bank Simpanan Nasional DITUTUP.

·         Permohonan UPU secara atas talian DITUTUP.

·         Proses Temuduga Lepasan SPM dijalankan.

·         Semakan Panggilan Temuduga Lepasan SPM.

Mei 11 Mei

 

16-20 Mei

 

 

21-25 Mei

 

 

 

30 Mei

·         Semakan panggilan ujian menduduki MEdSi/Program Temuduga Bukan Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf

·         Ujian MEdSi dijalankan.

·         Temuduga Bukan Pendidikan Lepasan STPM (Setaraf) Tertakluk kepada UA.

·         Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan Lepasan SPM.

·         Permohonan UPU secara atas talian/Rayuan ke UA/Politeknik Primier dibuka.

·         Semakan Panggilan Temu Duga Pendidikan Lepasan SPM/Setaraf.

Jun 04-27 Jun

11-17 Jun

28 Jun

·         Temu Duga Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf (Tertakluk kepada UA)

·         Sistem UPU atas talian (Matrik/Asasi) DIBUKA.

Julai 2 Julai ·         Sistem UPU atas talian (Matrik/Asasi) DITUTUP.
  30 Julai ·         Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan STPM/Setaraf.

·         Permohonan rayuan UPU atas talian Lepasan STPM/Setaraf DIBUKA.

Ogos 6-12 Ogos

 

20-26 Ogos

·         Permohonan UPU atas talian Rayuan STPM/Setaraf DITUTUP.

·         Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan STPM/Setaraf Rayuan Fasa 1.

September 10-14

September

·         Hebahan Permohonan Permohonan Kemasukan STPM/Setaraf Rayuan Fasa 2.

Tarikh-tarikh penting yang disenaraikan hasil rujukan daripada Jabatan Pendidikan Tinggi, Bahagian Kemasukan Pelajar. Diharapkan pelajar SPM dan STPM yang membuat permohonan UPU secara atas talian sentiasa peka terhadap sebarang perubahan terhadap tarikh-tarikh penting UPU. Walau bagaimanapun, tarikh-tarikh yang disenaraikan adalah tepat berdasarkan kepada rujukan Infoumum.

Semoga maklumat yang disampaikan memberi manfaat yang berguna kepada semua.

About the Author: infoumum

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *