Tips Cara Mengelakkan Tikus Daripada Bersarang dalam Bonet Enjin

Tikus yang bersarang di dalam bonet enjin kereta akan menyebabkan kerosakan dan kos baik pulih yang tinggi akibat kerosakan tersebut. Walaupun tikus jarang didengar bersarang di dalam bonet enjin kereta berbanding dengan haiwan berbisa lain seperti ular, tetapi langkah pencegahan masih perlu dilaksanakan. Lazimnya, tikus bersarang di dalam bonet enjin kereta yang jarang dihidupkan atau digerakkan oleh pemilik kenderaan. Oleh itu, walaupun tikus tidak mengancam keselamatan pemilik kenderaan,langkah pencegahan daripada mengelakkannya daripada bersarang harus dilakukan untuk menjaga enjin dan keadaan dalaman sesebuah kenderaan.

Cara Berkesan Mengelakkan Tikus Bersarang dalam Bonet Enjin Kenderaan

  • Beli berus sabut dan gantungkan dengan menggunakan ‘Cable Tie’ atau dawai pada bahagian yang mungkin akan menjadi laluan sang tikus untuk masuk ke dalam bonet enjin kenderaan.
  • Alasan penggunaan sabut untuk mengelakkan tikus daripada bersarang dalam bonet enjin kereta adalah kerana berus sabut keras dan pasti akan menyakiti tikus.
  • Jangan gunakan racun tikus kerana penggunaan racun tikus akan menyebabkan tikus mati di dalam bonet enjin kereta dan akan meninggalkan bau bangkai tikus yang kurang menyenangkan.
  • Berus sabut yang digantung dikawasan bonet enjin kenderaan juga hendaklah tidak terkena bahagian komponen enjin seperti kipas radiator, atau komponen lain yang boleh rosak disebabkan oleh berus sabut tersebut.
  • Tips agar komponen dalam bonet enjin tidak rosak adalah letakkan berus sabut tersebut di kawasan laluan tikus selepas meletakkan kenderaan di sesuatu tempat agar keselamatan kenderaan terjaga. Apabila menggunakan kenderaan, berus sabut hendaklah dibuka.
  • Terdapat banyak lagi tips lain untuk mengelakkan tikus daripada bersarang di bonet kenderaan. Walau bagaimanapun, tips dan cara ini juga boleh dipraktikkan.

Semoga maklumat yang disampaikan melalui halaman ini berkenaan dengan tips dan cara mengelakkan tikus daripada bersarang di dalam bonet enjin kereta memberi manfaat yang berguna kepada kita semua.

About the Author: infoumum

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *